Selasa, 27 Oktober 2009

bekki..

hari ini seharian aku online...lalu ditanya seorang kawan.."satu hari ko online hari ni?" hehehehe.. aku ingat hari ini aku jadi tikus. kalau si ratatoulouie(ntah btul tidak ejaan aku nih) xpe laaa.. ini aku jadi "rat" yang membaiki labu..

Aku nak baiki layout dan background blog..dari ptg tadi dok try tapi aku jadi rambang mata bila tgk semuanya lawa2...huhuhuhu..last2..suruh jen buatkan..hahahhaaha..aku tinggalkan keje2 tikus memperbaiki labu tu kat dia. Bila balik dari hantar mat pan and siblings(my niece and nephews) kat umah diorg..aku terus bukak blog and tengok sedikit perubahan ini..but since JEN is my sis.. she also a rat yg pandai baiki labu gak...huhuhuhuhu...

so..this is it...hasil colaboration aku dan Jen...
thanks ya sis...




-lebih baik mendiamkan diri dari mengeluarkan kata-kata kosong-

Sabtu, 24 Oktober 2009

seminar..

seminar kecemerlangan pmr kerjasama JPNK, KOPENAS, OXFORDFAJAR...

malas nak cerita..nak letak gambar jer...




al-fatihah..

Pagi tadi jam 8.12am, kak zan sms aku..terkejut jugak aku tgk sms dia. Aku baru bercadang untuk pergi menjenguknya di hospital hari ini setelah abis seminar yg perlu aku hadiri. Nampaknya memang aku dah terlewat.

Dia mula sakit sejak dari bulan Jun sehingga dimasukkan ke hospital. Tetapi aku cuma mendengar khabar yg dibawa balik oleh mek (kerana kami sekampung) dan selalu tiada kesempatan untuk menjenguknya di hospital. Kemudian, aku dengar dia sudah sihat..

Di penghujung minggu dua minggu lepas aku menghantar surat amaran pertama ketidakhadirannya ke sekolah. Kemudian,sepanjang minggu lepas aku tinggalkan segala urusan di sekolah dan berada di kem. Balik dari kem pada hari sabtu, mek bercerita pasal dia dimasukkan ke hospital lagi pada hari rabu. Aku sudah berkira2 dgn mek untuk menjenguknya di hospital pada hari ini kerana sepanjang minggu ini aku sibuk dengan kelas dan segala program di sekolah.tapi xde rezeki nak jumpa agaknya...Selepas zohor tadi dia selamat dikebumikan...

Buat pelajar saya..arwah Mohd Rezman b.Mat Adam...al-fatihah...


maaf...gambar dia xde dlm simpanan sy..

Jumaat, 23 Oktober 2009

ulor..ulau..ulaq..ularrrrrr....

tulunnnngggg.....

aku memang takut ular!!!

petang tadi ada sekor anak ular sawa tikus kat dapur rumah..aku ngan fisya(my sis yg sdg bercuti dr matric) masing-masing memang takut ular. Dia yg perasan ada ular tu kat lantai dapur terus melompat turun ke luar rumah..aku pulak terus berlari keluar ke ruang tamu...memang panik giler..aku suh dia keluarkan ular tu...dia suh aku plak...hahahahaha...aku tinjau ular tu dari belakang almari dok berlingkar dengan selambanyer kat situ...memang fobia btul aku ngan menatang sekor tuh...ular tu kecik dan panjang....sekali kuis pun dah melayang kuar dari pintu dapur kami sebenarnya...tapi dek kerana takut..masing-masing dah tak tau nak buat apa...huhuhu

Akhirnya..mok(nenek kami) datang dan tgk ular tu. dia bawak garam dan suh aku taburkan dekat ular tu dgn tujuan menghalau ia kuar dari rumah kami. Aku pun tabur laa garam tu mcm tabur nasik kat anak ayam. Si ular tu masih kat situ tak gerak-gerak. Aku lagi laa seram...

Then, mok pergi panggil pak sedara aku yg tgh sdap borak kat kedai kopi dpn rumah kami suh dtg halau ular tu..hehehhe...sekali kuis aje..masalah kami pun selesai...

Kata Pakcik Yie..."ular tu mapuh doh..kucing bowok masuk bakali.." Hahahahahahahahaahahahahhahahahahha......tragis sungguh...!

Terima kasih utk pakcik yie...
mangsa kejadian....masih dalam trauma..hehe

crime scene..masih terdapat bahan bukti..ularnya dah di buang...ngeriii...



-kuasai ketakutan diri dan engkau akan menguasai semua perkara-

Khamis, 22 Oktober 2009

puding caramel....

hahahaha...hihihihi..huhuhu...

ini lah 1st time aku membikin kuih yang aku paling gemar....puding caramel....nak ketawa ada..bangga pun ada..akhirnya aku berjaya membuat kuih ini dan mendapat pujian berbintang-bintang..hahahahhaa....sukenyerrr...kat sini aku nak kongsi resepi puding caramel cara aku...

Puding Caramel Ain(sbb cara aku...aku punya suka laa nak letak nama aku..lalala)

Bahan-bahan
bahan A
1 tin susu manis
10 biji telur
1 sudu besar tepung jagung/kastard(mana2 yg korang suka)
1 tin air suam (guna tin susu td utk sukat air)
1 sudu teh essen vanilla (kalau lupa beli pun xpe)

bahan B
3 sudu makan gula pasir
sebatang kecil kulit kayu manis atau 3 batang bunga cengkih(mana2 yg korang suka laa)

cara-cara...
1. Panaskan bahan B di dalam loyang dengan api kecil sehingga menjadi kekuningan. Jangan sampai hangus. Nanti pahit pulak.kalau terbabas tu nasib korang laa..Angkat dan sejukkan.
2.Masukkan semua bahan A di dalam blender. Blendkan sekejap dalam setengah minit. Tuangkan ke dalam loyang berisi caramel. Masukkan ke dalam pengukus. masak selama lebih kurang 30min.Korang x yah tunggu..korang bleh pegi main facebook ke apa ke...

Then.......taraaa...dah bleh makan...eh..jangan makan lagi sbb karang melecur lidah korang...simpan dlam peti sejuk kjap then baru bleh makan....opss..lupa..kalau korang xde pengukus..korang bleh guna kuali buat steambath..hahaha...be creative laa beb...

Rabu, 21 Oktober 2009

kem 1Malaysia



Sepanjang minggu lepas aku bertugas di kem 1Malaysia sebagai jurulatih.. kem in diadakan untuk memupukkan sifat saling menghormati dan mengenali budaya semua kaum di malaysia..kem ini di adakan di peringkat sekolah rendah supaya mereka yang masih suci dari segala prasangka ini dapat bermain bersama dan mengenali antara satu sama lain..


pelajar beratur untuk menaiki bot ke pusat kokurikulum pulau beluru...

pengalaman pertama menaiki bot penambang...


pelajar berkerjasama melakukan aktiviti...


-bersatu teguh..bercerai roboh...-

Selasa, 20 Oktober 2009

zzzz...

aku


malas


lagi


....................

Isnin, 12 Oktober 2009

aku yang malas...

ohhh...tidakkkkk.....penyakit lama datang kembali...mula-mula semangat kan main berkobar-kobar..lama-lama semakin berkubur-kubur..huhuhuhuhu...last postingku pada hari jumaat!! sungguh aku ini orang yang tidak dapat berpegang pada janji..janjiku akan menulis disini setiap hari (dinyatakan di posting pertamaku)walaupun hanya satu titik.

Tadi aku menaip di sini sekejap..then mata bagai merayu-rayu untuk aku pejam..hehehe..tido laa aku..hujan pulak tu..adusss..sedapppp bangatttt....terus off lappy and ZZZzzzzzzzzzzzz........

Sedar-sedar dah masuk waktu asar...semua yang aku tulis dah terpadam coz aku dah tutup internet connection (modem aku cap ayam x bleh kena kilat milat segala)...

ekceli aku nak postkan gambar kami kuar mkn semalam..mek(my mom),aku dan mat rafiz (my youngest bro). semalam last mek posa enam bulan syawal..aku lak..ada 5 hari lagi tak abis... ..rasanya tak abis-abis laa tahun ni..hehehehe














makanan yang kami pesan....


kami pesan sup tulang.sayur kailam goreng ikan masin, kerabu mangga dan ikan kakap masak 3 rasa...hahahhaha..yg oknya cuma sup dia aje..yang lain2 fail...

Sabtu, 10 Oktober 2009

raya di sekolah...

ekceli..raya kat skolah aku dah lepas..kami mengadakan majlis ni pada hari rabu minggu pertama persekolahan selepas cuti raya...kira masih dalam mood hari raya..ini ada beberapa gambar budak-budak kelas 2pd1 yang sempat aku snap ngan kamera tepon cap ayam aku..huhuhu...

watpe tu???tgh curik ais ye..?


masih dok termenung tengok kuih raya....


amboi...berselera sekali makan....


satey gerai sebelah....dapat bau jer laa....


ada beberapa gambar lagi yang telah dipostkan ke laman web sekolah..tapi aku pulak tak reti nak copykan ke sini..nanti bila ada masa aku akan postkan ke sini semula...

jering..


ini laa dia ulam yang aku rasa paling sedap...tetapi kesannya pada aku memang dah dijangka..mungkin ada yang akan kata..mulut nanti jadi berbau dan macam-macam lagi.. bagi aku pulak..benda ni memang sedap di makan tetapi lepas makan terpaksa laa aku pergi ke bilik air dan tunggu dia keluar balik...abis semua yang aku makan semalam keluar balik..muntah semuntah muntahnya..huhuhu...orang tua-tua cakap..orang angin banyak tak boleh makan jering....hmmmm...aku ni orang atas angin agaknya sebab itu banyak angin dan tak bleh makan jering....hehehehehe..


-ada 5 perkara sebelum 5 perkara...antaranya sihat sebelum sakit..hargailah masa sihatmu..-

Jumaat, 9 Oktober 2009

pmr exam..


Sejak dari hari rabu budak-budak sudah masuk ke dewan untuk menduduki peperiksaan pmr bagi tahun ini. Rasanya cikgu-cikgu pulak yang terlebih-lebih risau pasal peperiksaan ini. Ini mungkin kerana mengikut analisis ujian percubaan hari tu tidak menunjukkan keputusan yang bagus. Takut juga kami mengenangkannya. Dalam pada itu, aku lihat sesetengah pelajar tidak menunjukkan ciri-ciri demam peperiksaan. Selamba saje mereka ni..tak takutkah mereka persediaan yang dibuat sudah cukup atau belum....

Semalam, khamis jam 11.50 tengahari, aku menghantar pelajar-pelajarku masuk ke dewan peperiksaan dengan iringan doa supaya mereka semua berjaya menjawab kertas sains 1 dengan baik. Jam 2.30 ptg pula, mereka masuk semula ke dewan dan berperang dengan kertas sains 2. Apa yang mampu aku buat cuma doakan supaya semua pelajar-pelajarku dapat menjawab soalan-soalan itu dengan tenang. Pesanku kalau tak dapat jawab..beristighfar dan berdoalah agar dibukakan minda untuk mencari jawapan...

Kepada semua pelajar-pelajarku..walau apa pun yang telah kamu semua jawab..cikgu mengharapkan yang terbaik untuk kamu semua.....


-tiada satu benda pun yang datang bergolek tanpa usaha untuk mendapatkannya-

selamat datang....

assalamualaikum dan salam buat semua...
ini adalah blogku yang entah ke berapa..aku juga sudah lupa kerana selalu sangat bukak blog tapi jarang menulis di dalamnya..akhirnya aku lupa kata laluan masuk ke blog itu..di dalam blogku yang terbaru ini, aku berazam akan menulis paling kurang satu titik sehari disini..dan apa-apa yang akan aku tulis tiada kaitan dengan sesiapa dan tanpa tujuan menyinggung perasaan sesiapa atau melanggar apa-apa peraturan..hehehe..macam laa aku nak tulis bab-bab politik pulak...blog ini akan aku gunakan sebagai tempat menceritakan apa yang berlaku di dalam "duniaku" yang tak berapa besar ini...