Jumaat, 29 April 2011

Suasana agak tenang di meja pendaftaran pelajar kelas 4 Seroja. Semua ibu bapa telah masuk ke dewan kerana majlis akan bermula lebih kurang 10 minit lagi. Hari ini diadakan perjumpaan antara ibu bapa pelajar dan guru bagi semua pelajar tingkatan empat di Sekolah Sri Gemilang. Cikgu Soraya, guru tingkatan 4 Seroja mengira-ngira kedatangan ibu bapa pelajar kelasnya. Dia mengeluh perlahan melihat senarai ibu bapa pelajar yang datang.

‘ Sibuk benar agaknya ibu bapa Alif dan Alia ni. Sudah 2 kali perjumpaan diadakan mereka tak datang-datang jugak’ fikir Cikgu Soraya sendirian.

Dari hujung tempat letak kereta, kelihatan seorang perempuan muda terkocoh-kocoh berjalan dari kereta menuju dewan besar sekolah. Dalam kelam kabut dia berjalan,tiba-tiba kedengaran lagu Aku Wanita nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dari dalam beg tangan besar Channelnya. Tergagau-gagau dia mencari telefon dalam beg besar tersebut.

“alahai..mana pulak telefon ni..”gerutunya.

Dalam sibuk dia mencari telefonnya, tanpa disedari dia telah berjalan melintas ke dewan.

Ponnnnnnnnnn……ponnnnn….Terangguk-angguk dia meminta maaf sambil mengangkat tangan bila dihon begitu. “Maaf encik, saya tak sengaja”

Bunyi telefonnya mati tanpa sempat dia menjawab panggilan yang mungkin penting itu.

‘ahh…abaikan semua tu hari ni..’fikirnya lagi.

Kali ini dia berjalan dengan berhati-hati ke meja pendaftaran yang berlabel 4 SEROJA. Dia memandang Cikgu Soraya yang tersenyum mesra menyambut kedatangannya dan berbalas senyuman.

“ Assalamualaikum cikgu” ucapnya memberi salam. “saya ibu kepada Tengku Nur Alia Maisyarah bt Tengku Ahmad Fikri. Maaflah sebab datang lambat sikit ” tuturnya.

“Waalaikummusallam…takpe..takpe..ini Puan Amelia ke? Maaf kerana tak kenal tadi. Lagipun ini kali pertama puan dapat hadir ke perjumpaan sebegini.Terima kasih puan sebab dapat luangkan masa ke perjumpaan ni.” Balas Cikgu Soraya.

“Saya betul-betul minta maaf kerana tidak hadir perjumpaan sebelum ni. Masa tu saya ada business trip ke London.” Melia menerangkan dengan sejujurnya.