Jumaat, 6 Januari 2012

sudah tahun 2012 dah...

ahhh...dah masuk tahun baru lagi..aku ni nak menulis blog dah bbrp tahun tp ayik malas aje.. itu nak try menulis cerpen ke novel hampehs pun x lepas2..apa punya angan2 laa aku nih..but tahun ni sekali lagi berazam untuk menulis blog..cerita yg aku cuba nak tulis tu asik tergantung aje..ilang kemana dah ideanya pun tak tahulah..

mungkin faktor masa juga menyebabkan aku tidak berpeluang untuk menulis...tahun 2011 sangat sibuk bagi aku yg kini ada title tokey kecik2..hahahaa..nak berniaga dlm internet tak reti, so bukak kedai runcit jer laaa(yg x bleh biz melalui intrnet..ye ke??harusssss dipikirkan tu...)

apa2 tahun 2012 adalah tahun dimana aku ingin membuat perubahan diri...tidak mahu membuang masa seperti yang telah lepas...banyak berchating dan membuang masa untuk benda yg tak berfaedah...good luck for me..wohaaaaa...

Jumaat, 29 April 2011

Suasana agak tenang di meja pendaftaran pelajar kelas 4 Seroja. Semua ibu bapa telah masuk ke dewan kerana majlis akan bermula lebih kurang 10 minit lagi. Hari ini diadakan perjumpaan antara ibu bapa pelajar dan guru bagi semua pelajar tingkatan empat di Sekolah Sri Gemilang. Cikgu Soraya, guru tingkatan 4 Seroja mengira-ngira kedatangan ibu bapa pelajar kelasnya. Dia mengeluh perlahan melihat senarai ibu bapa pelajar yang datang.

‘ Sibuk benar agaknya ibu bapa Alif dan Alia ni. Sudah 2 kali perjumpaan diadakan mereka tak datang-datang jugak’ fikir Cikgu Soraya sendirian.

Dari hujung tempat letak kereta, kelihatan seorang perempuan muda terkocoh-kocoh berjalan dari kereta menuju dewan besar sekolah. Dalam kelam kabut dia berjalan,tiba-tiba kedengaran lagu Aku Wanita nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dari dalam beg tangan besar Channelnya. Tergagau-gagau dia mencari telefon dalam beg besar tersebut.

“alahai..mana pulak telefon ni..”gerutunya.

Dalam sibuk dia mencari telefonnya, tanpa disedari dia telah berjalan melintas ke dewan.

Ponnnnnnnnnn……ponnnnn….Terangguk-angguk dia meminta maaf sambil mengangkat tangan bila dihon begitu. “Maaf encik, saya tak sengaja”

Bunyi telefonnya mati tanpa sempat dia menjawab panggilan yang mungkin penting itu.

‘ahh…abaikan semua tu hari ni..’fikirnya lagi.

Kali ini dia berjalan dengan berhati-hati ke meja pendaftaran yang berlabel 4 SEROJA. Dia memandang Cikgu Soraya yang tersenyum mesra menyambut kedatangannya dan berbalas senyuman.

“ Assalamualaikum cikgu” ucapnya memberi salam. “saya ibu kepada Tengku Nur Alia Maisyarah bt Tengku Ahmad Fikri. Maaflah sebab datang lambat sikit ” tuturnya.

“Waalaikummusallam…takpe..takpe..ini Puan Amelia ke? Maaf kerana tak kenal tadi. Lagipun ini kali pertama puan dapat hadir ke perjumpaan sebegini.Terima kasih puan sebab dapat luangkan masa ke perjumpaan ni.” Balas Cikgu Soraya.

“Saya betul-betul minta maaf kerana tidak hadir perjumpaan sebelum ni. Masa tu saya ada business trip ke London.” Melia menerangkan dengan sejujurnya.

Selasa, 8 Mac 2011

mesin waktu: kemana nak pegi?

andai diberi mesin waktu, ke waktu manakah anda mahu pergi? bagi aku ,aku ingin kembali ke zaman persekolahan. Bukan untuk memperbaiki diri kerana aku tahu aku yang begini pun sudah cukup baik(..ehehehe..perasaaan sensorang ler...)tetapi kerana di zaman persekolahan tanggungjawabnya kecil aje. Kalau rasa malas, tak payah laa pegi sekolah. Sekarang bila dah keje rajin ke malas ke sihat ke sakit ke, mesti kena pegi kerja. Kalau tak siapa nak siapkan kerja kita yg bertimbun umpama bukit itu kan...kan...
Ahhh....indah betul zaman kanak-kanak dan waktu persekolahan dulu. Bermain dengan kawan-kawan hingga ke senja atau hingga mek (panggilan untuk mak aku) angkat ranting kayu menyuruh kami balik rumah. Teringat aku di zaman kecil dulu, bila bulan mengambang penuh, selalu juga kami bermain di luar rumah di bawah cahaya bulan yg terang benderang. Di masa itu kami tidak perlu risau keselamatan diri kerana penjahat yg namanya penculik pun belum ramai mcm sekarang.Di zaman sekarang jangan cuba2 begitu.

Nampaknya telah lama zaman kanak2 itu telah aku tinggalkan. Sudah 25 tahun itu. Membesar di asrama selama 5 tahun menyebabkan aku kehilangan kawan2 dizaman kanak2ku. Hingga sekarang aku merasa sedikit ralat dan kecewa kenapa persahabatan di zaman anak2 itu boleh terputus begitu saja. sayang sungguh rasanya. Aku harap semua rakan2 di zaman kanak2 dan remajaku akan selalu bahagia dengan kehidupan masing2 sebagaimana aku merasa bahagia dengan caraku sendiri...


Selasa, 1 Mac 2011


hurmmm....ermmmm....ishhhhh....nak tulis apa ni??

semalam macam banyak topik nak dibicarakan disini. Tapi malam ni bila sudah bukak blog dan ruangan untuk menulis, idea sudah lari dan bersembunyi entah dimana. Barangkali aku harus mengikat idea di dahan rimbun pohon ingatan agar tidak terlepas lari bersembunyi disebalik bayangan ingatan yang semakin kabur kerana usia juga sudah hampir ke petang mahu menginjak senja...

Khamis, 24 Februari 2011

mati dan orang mati

assalamualaikum wbt..

Wahh...minggu ni rasanya begitu cepat masa berlalu. Dalam masa seminggu ini juga aku menziarah ke rumah orang mati sebanyak 3 kali. 3 orang jiran tua kampung ini pergi meninggalkan dunia yang fana ini setelah hidup lebih kurang 60-80 tahun. Semua ahli keluarga mereka nampak sedih tetapi sedikit lega agaknya. Mungkin sedih kerana kesal ada maaf yang tak terpinta atau merasa kehilangan. Mungkin lega kerana selepas ini sudah tidak perlu terkejar-kejar dari kerja untuk berulang alik ke hospital menguruskan ibu atau bapa yang terlantar di hospital. Seorang dari mereka meninggal di bilik bedah tatkala para doktor berusaha menjalankan pembedahan jantung keatas arwah. Yang kedua juga meninggal di hospital akibat sakit tua dan tidak meninggalkan zuriat. Anak saudaranya menguruskan semua urusan jenazah dan majlis tahlil untuknya. Arwah yang ketiga juga meninggal di hospital kerana sakit tua. Terpaksa menunggu anak cucu yang tinggal jauh negeri sebelum dikebumikan..

Setelah siap dikafan dan disembahyangkan jenazah mereka dibawa ke kubur. Setelah siap dikebumikan,semua yang masih bernyawa ini berpaling meninggalkan si mati didalam kubur untuk perhitungan dengan sedara berdua tu pulak..diberi soalan2 yang hanya amal kita sahaja boleh menjawabnya..

Ada satu soalan disini..apa yang lebih ditakuti, mati atau orang mati?

Hehehehe...soalan senang takkan nak jawab orang matikan..mestilah jawapannya MATI.

Tetapi kenapa kita selalu rasa meremang jer bulu roma bila lalu kawasan kubur? takut MATI ke takut hantu@roh orang mati? Kenapa kita disuruh melawat orang mati? Nak melihat mayat si mati atau nak mengingatkan kita bahawa tak lama lagi sampai ler giliran kita terbaring kat situ?

Hurmm...banyak benda yang boleh kita ambik ikhtibar bila melawat jenazah..membuatkan kita sedar bahawa kita tidak akan selamanya menongkat dunia. Akan sampai masanya kita pula terbaring diperbaringan itu. Dibawa ke kuburan. Dan bertemu sedara berdua itu. Masalahnya mampukah kita menjawab ujian lisan mereka andai diatas dunia ini pun kita tidak pernah berusaha untuk menyediakan jawapan yang sebaik mungkin kepada soalan-soalan yang akan ditanya kelak?mampukan kita lulus ujian itu seandainya kita jarang nak lulus ujian dari Allah swt kat atas dunia ini.?


~semua yang datang dariNya akan kembali kepadaNya~

Isnin, 21 Februari 2011

timun:satu petua

assalamualaikum wbt

Malam ni aku nak berkongsi satu petua untuk menguruskan badan..eheehehe... Petua ini diperolehi daripada seorang bekas pelajarku. Semasa di tingkatan 5, beratnya mencapai 130kg,, tetapi kali terakhir aku menemuinya pada minggu lepas, beratnya sudah turun kepada 76kg. Tempoh yang diambil untuk menurunkan berat badannya cuma setahun lebih. Dia tidak ke pusat menguruskan badan yang terkenal dan mahal itu. Dia cuma ke klinik mendapatkan rundingan cara pemakanan dan bersenam setiap hari.

Petuanya simple aje..kunyah timun sebanyak mana nasi yang telah dimakan..simple kan?
selamat berjaya...

p/s: post malam tadi yg tak sempat di postkan kerana terlalu mengantuk...zzZZzzz

Ahad, 20 Februari 2011

4 ABU..

assalamualaikum wbt..

Siang tadi satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat perdana untuk bulan Februari diadakan di gelanggang tenis sekolah kami.Bersesuaian dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, kami juga beramai-ramai berselawat keatas junjunganNya itu. Satu ceramah juga telah diberikan secara ringkas oleh ustaz Nordin dari PPD.(sorry...lupa nak bawak kamera,so xde gambar majlis)

Mendengar ceramah hari ini, membuatkan aku bertasbih padaNya, mengagumi kebijaksanaan Allah swt dalam memberi perumpamaan dan contoh. Mungkin aku aje yang belum sedar bahawa 4 org ABU yang berada di sekeliling nabi semasa Allah mengangkatnya sebagai pesuruhNya mewakili 4 jenis sifat manusia yang wujud hingga ke hari ini:

1.Abu Bakar- org yg sentiasa percaya dan yakin dgn kebenaran
2.Abu Suffian-org yg tidak percaya tetapi setelah diyakini kebenaran itu, dia boleh menerima
3.Abu Talib- orang yang percaya dan yakin dengan kebenaran tetapi tidak menerimanya
4.Abu Jahal-orang yang tahu kebenaran,tetapi tidak mahu menerima dan menjadi penghalang kepada kebenaran

Jika direnungkan, apakah sifat kita? jangan pula kita bersifat seperti Abu Jahal yang mengetahui kebenaran tetapi menghalang dan mencerca kebenaran itu...nauzubillah..moga dijauhkan Allah sifat2 Abu Jahal pada kita...



~kalau kita tidak boleh memberi kebaikan, jangan pula kita menjadi perosak~