Khamis, 24 Februari 2011

mati dan orang mati

assalamualaikum wbt..

Wahh...minggu ni rasanya begitu cepat masa berlalu. Dalam masa seminggu ini juga aku menziarah ke rumah orang mati sebanyak 3 kali. 3 orang jiran tua kampung ini pergi meninggalkan dunia yang fana ini setelah hidup lebih kurang 60-80 tahun. Semua ahli keluarga mereka nampak sedih tetapi sedikit lega agaknya. Mungkin sedih kerana kesal ada maaf yang tak terpinta atau merasa kehilangan. Mungkin lega kerana selepas ini sudah tidak perlu terkejar-kejar dari kerja untuk berulang alik ke hospital menguruskan ibu atau bapa yang terlantar di hospital. Seorang dari mereka meninggal di bilik bedah tatkala para doktor berusaha menjalankan pembedahan jantung keatas arwah. Yang kedua juga meninggal di hospital akibat sakit tua dan tidak meninggalkan zuriat. Anak saudaranya menguruskan semua urusan jenazah dan majlis tahlil untuknya. Arwah yang ketiga juga meninggal di hospital kerana sakit tua. Terpaksa menunggu anak cucu yang tinggal jauh negeri sebelum dikebumikan..

Setelah siap dikafan dan disembahyangkan jenazah mereka dibawa ke kubur. Setelah siap dikebumikan,semua yang masih bernyawa ini berpaling meninggalkan si mati didalam kubur untuk perhitungan dengan sedara berdua tu pulak..diberi soalan2 yang hanya amal kita sahaja boleh menjawabnya..

Ada satu soalan disini..apa yang lebih ditakuti, mati atau orang mati?

Hehehehe...soalan senang takkan nak jawab orang matikan..mestilah jawapannya MATI.

Tetapi kenapa kita selalu rasa meremang jer bulu roma bila lalu kawasan kubur? takut MATI ke takut hantu@roh orang mati? Kenapa kita disuruh melawat orang mati? Nak melihat mayat si mati atau nak mengingatkan kita bahawa tak lama lagi sampai ler giliran kita terbaring kat situ?

Hurmm...banyak benda yang boleh kita ambik ikhtibar bila melawat jenazah..membuatkan kita sedar bahawa kita tidak akan selamanya menongkat dunia. Akan sampai masanya kita pula terbaring diperbaringan itu. Dibawa ke kuburan. Dan bertemu sedara berdua itu. Masalahnya mampukah kita menjawab ujian lisan mereka andai diatas dunia ini pun kita tidak pernah berusaha untuk menyediakan jawapan yang sebaik mungkin kepada soalan-soalan yang akan ditanya kelak?mampukan kita lulus ujian itu seandainya kita jarang nak lulus ujian dari Allah swt kat atas dunia ini.?


~semua yang datang dariNya akan kembali kepadaNya~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan