Sabtu, 19 Februari 2011

kenapa aku menulis blog?

Assalamualaikum wbt..

Diam tak diam rupanya sudah setahun berlalu sejak aku menulis kali terakhir di dalam blog ini. Entah mengapa diri terasa malas untuk menulis. Mungkin juga kerana aku tiada isu mahu ditulis atau kerana aku tidak pandai mengarang. Entahlah tetapi yang pastinya azam untuk menulis di dalam blog ini pada tahun lepas tidak kesampaian. Tahun lepas aku berjanji untuk menulis di blog dan cuba jadikannya diari harian, tetapi rupanya menulis di blog memerlukan tahap kerajinan yang tinggi. Dan orang-orang yang tidak berapa rajin seperti aku ini tidak berapa sesuai menulis...ehehehe..

Malam ini aku terfikir satu persoalan..KENAPA AKU MAHU MENULIS DI BLOG?

Beberapa hari ini aku sering menziarah ke beberapa blog yang aku kira dapat meningkatkan tahap pengetahuan aku dan membuatkan aku sedar bahawa masih terlalu banyak benda yang aku tidak tahu dan yang selama ini aku rasakan betul, ada salahnya. Maknanya perkara pertama yang perlu aku betulkan sebelum menulis ialah membetulkan NIAT untuk menulis blog. Untuk apa aku mahu menulis blog? Adakah hanya untuk kepuasan diri atau untuk catatan masa yang boleh dibaca semula dikemudian hari?
Akhirnya, setelah penat berfikir, aku membuat resolusi bahawa kali ini aku mahu menulis untuk memperbaiki diri sendiri dan bersikap jujur pada diri. Selama hidup, mungkin orang yang terlalu banyak aku bohong adalah pada diri sendiri. Semoga tahun ini aku akan menjadi orang yang lebih rajin dan jujur pada diri sendiri apabila menulis di blog ini.

Last..jumpa esok malam di waktu yang sama..insya allah..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan