Ahad, 17 Januari 2010

meeting..

salam..

meeting..meeting dan meeting untuk awal tahun ini..
Hari ini meeting panitia diadakan. Aku kena jadi pengerusi sbb aku kan KP. Bertungkus lumus laa aku menyediakan slaid untuk meeting tengahari tadi. Jadi malam semalam agak lewat sedikit laa tidur (padahal aku selalu jadik burung hantu)..jadi dari tengahari tadi sampai sekarang mata aku blur semacam aje..nampak tak nampak jer nih..herannya nampak pulak screen laptop nih..hehehe...chehh memang dasar kaki internet..

Tak banyak yang dapat kami bincangkan memandangkan masa sangat terhad. Nampaknya kena adakan mesyuarat lain pulak laaa..letih aku macam ni...kadang-kadang aku rasakan masa ini begitu singkat dan terlalu banyak benda yang perlu dibuat dalam satu tempoh itu.

Apa yang dapat aku buat sekarang adalah cuba selesaikan apa yang dapat dalam tempoh masa yang diberikan. Sungguh aku tak ingin dipengaruhi dengan stress kerja kerana aku tak pernah merasa stress membuat kerja ini selama aku berkerja. Semoga aku dapat menyiapkannya dalam masa yang diberikan...

Chaiyoo'



~usaha tanpa iltizam umpama menimba air didalam raga~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan