Khamis, 21 Januari 2010

blogs..

salam..hurmm...haiiiiiiiiiii...huuuuuuuuuuuuuuu....

aku asyik mengeluh bila surf dari satu blog ke satu blog lain..yang menjadi masalah bagi aku ialah bahasa yang dipakai oleh beberapa banyak blogger ini... kalau benda yang merapu2 bahasanya pun merapu jugak..biasanya blog budak sekolah takpun student U (haishh...bm diorg ni cukup makan ke tak?)tapi yang itu aku masih boleh faham sbb yg diorg tulis tu pasal diri diorg...

yang aku dok sakit hati dari tadi lepas satu blog ke satu blog aku jelajah ialah penggunaan bahasa inggeris.. asal aku rasa isi blog dia menarik mesti entrinya dalam bahasa inggeris.. kenapa diorg ni x nak guna bahasa melayu?? dimana semangat nak memperkasakan bahasa melayu?

hampehhhh......

Ahad, 17 Januari 2010

meeting..

salam..

meeting..meeting dan meeting untuk awal tahun ini..
Hari ini meeting panitia diadakan. Aku kena jadi pengerusi sbb aku kan KP. Bertungkus lumus laa aku menyediakan slaid untuk meeting tengahari tadi. Jadi malam semalam agak lewat sedikit laa tidur (padahal aku selalu jadik burung hantu)..jadi dari tengahari tadi sampai sekarang mata aku blur semacam aje..nampak tak nampak jer nih..herannya nampak pulak screen laptop nih..hehehe...chehh memang dasar kaki internet..

Tak banyak yang dapat kami bincangkan memandangkan masa sangat terhad. Nampaknya kena adakan mesyuarat lain pulak laaa..letih aku macam ni...kadang-kadang aku rasakan masa ini begitu singkat dan terlalu banyak benda yang perlu dibuat dalam satu tempoh itu.

Apa yang dapat aku buat sekarang adalah cuba selesaikan apa yang dapat dalam tempoh masa yang diberikan. Sungguh aku tak ingin dipengaruhi dengan stress kerja kerana aku tak pernah merasa stress membuat kerja ini selama aku berkerja. Semoga aku dapat menyiapkannya dalam masa yang diberikan...

Chaiyoo'



~usaha tanpa iltizam umpama menimba air didalam raga~

Sabtu, 16 Januari 2010

tahun baru ini...

assalamualaikum..

Selamat tahun baru buat semua walaupun dah tak berapa nak baru lagi dah. Apa azam baru yang telah dipasang untuk tahun ini? Adakah azam tahun lepas telah dapat dicapai?

Pada tahun ini aku telah berazam untuk mencapai 3K (macam aku penah dengar jer azam ni tahun lepas)..hehehhhee..ekceli ini ialah azam tahun lepas yang diperbaharui atas sebab tiada satu pun yg berjaya dicapai pada tahun lepas. Tahukah anda apa itu 3K?

3K ialah K-Kaya, K-Kurus, K-Kawin.... hahahahahaha....kalau tahun ni x dapat capai gak aku dah malas nak buat azam untuk tahun2 yang lagi depan..hampeh...

Tahun ini aku diberi tugasan yang tak banyak bezanya daripada tahun lepas..masih mengajar subjek yang sama dan pelajar yang sama. Jika tahun lepas aku mengajar mereka matematik, tahun ini aku mengajar mereka sains pulak. Tahun depan kena ajar fizik pulak kat budak-budak tu..dalam kepala, aku bertanya sendiri.."tak bosan ke budak-budak ni tengok muka aku tiap-tiap tahun ni??" dan jawapan bongkak- sombong-tahap-reksase-dlm-citer-otomen nya ialah "budak-budak suka kat akunyerr...sbb aku kan lawa.."hakhakhakhak...gilossss perasan....

whateva pun..aku masih di position yang sama. tak boleh nak larikan diri dah. Cuma tahun ini tugas melatih pasukan bola jaring sudah takde sebab aku pun bukan reti sangat bab-bab main bola jaring nih. Masa sekolah dulu, mana aku penah pegang bola tu. Juruletih bola jaring tu ditiadakan sebenarnya untuk memberi laluan kepada pasukan beruniform Kadet Remaja Sekolah(KRS) untuk mendapatkan khidmat cemerlangku (ayok sendiri lagik..hahaha) terutama dalam bab jerit2 semasa kawad (huh....macam laa aku ni penah jadik squad leader)huhuhuhuhu......

Untuk dua minggu awal ini..persekolahan berjalan seperti biasa sahaja dengan jadual kelas harian dan latihan rumah sukan...
Aku harap tahun ini prestasi pelajar aku akan meningkat dan mencipta sejarah baru...itu azam aku yang terbesar untuk tahun ini. Doakan semoga kami berjaya.....

Chaiyooo'


-impian tanpa usaha adalah umpama mimpi di siang hari-

Jumaat, 20 November 2009

cuti..

hari ni aku start bercuti...cuti akhir tahun..wahhhh bestnyerr cuti.. boleh ke mana saje..
tapi skrg aku rasa x best pulak..kenapa ye?

mungkin kerana aku bosan berada di rumah..bosan mengadap laptop main game di facebook.. bosan dengan bunyi riuh rendah anak2 sedara kat rumah ni..atau mungkin aku perlu pergi jauh untuk becuti...tapi rasanya lepas raya ni kut..

selamat hari raya korban.




sunyi.sepi.bingung.

Ahad, 1 November 2009

new niece

mek xde kat rumah. mek gi tgk cucu no 9 dia kat baling,kedah. Akak aku bersalin kat sana. dulu beria-ria dia nak balik bersalin di kampung ni. alih-alih terberanak pulak di sana. kat mana2 pun xpe sebenarnya asalkan sihat dan selamat. nak letak gambar baby girl yg baru ni pun blom dpat lagi sbb dia blom balik kampung lagi..

Selasa, 27 Oktober 2009

bekki..

hari ini seharian aku online...lalu ditanya seorang kawan.."satu hari ko online hari ni?" hehehehe.. aku ingat hari ini aku jadi tikus. kalau si ratatoulouie(ntah btul tidak ejaan aku nih) xpe laaa.. ini aku jadi "rat" yang membaiki labu..

Aku nak baiki layout dan background blog..dari ptg tadi dok try tapi aku jadi rambang mata bila tgk semuanya lawa2...huhuhuhu..last2..suruh jen buatkan..hahahhaaha..aku tinggalkan keje2 tikus memperbaiki labu tu kat dia. Bila balik dari hantar mat pan and siblings(my niece and nephews) kat umah diorg..aku terus bukak blog and tengok sedikit perubahan ini..but since JEN is my sis.. she also a rat yg pandai baiki labu gak...huhuhuhuhu...

so..this is it...hasil colaboration aku dan Jen...
thanks ya sis...




-lebih baik mendiamkan diri dari mengeluarkan kata-kata kosong-

Sabtu, 24 Oktober 2009

seminar..

seminar kecemerlangan pmr kerjasama JPNK, KOPENAS, OXFORDFAJAR...

malas nak cerita..nak letak gambar jer...