Sabtu, 24 Oktober 2009

al-fatihah..

Pagi tadi jam 8.12am, kak zan sms aku..terkejut jugak aku tgk sms dia. Aku baru bercadang untuk pergi menjenguknya di hospital hari ini setelah abis seminar yg perlu aku hadiri. Nampaknya memang aku dah terlewat.

Dia mula sakit sejak dari bulan Jun sehingga dimasukkan ke hospital. Tetapi aku cuma mendengar khabar yg dibawa balik oleh mek (kerana kami sekampung) dan selalu tiada kesempatan untuk menjenguknya di hospital. Kemudian, aku dengar dia sudah sihat..

Di penghujung minggu dua minggu lepas aku menghantar surat amaran pertama ketidakhadirannya ke sekolah. Kemudian,sepanjang minggu lepas aku tinggalkan segala urusan di sekolah dan berada di kem. Balik dari kem pada hari sabtu, mek bercerita pasal dia dimasukkan ke hospital lagi pada hari rabu. Aku sudah berkira2 dgn mek untuk menjenguknya di hospital pada hari ini kerana sepanjang minggu ini aku sibuk dengan kelas dan segala program di sekolah.tapi xde rezeki nak jumpa agaknya...Selepas zohor tadi dia selamat dikebumikan...

Buat pelajar saya..arwah Mohd Rezman b.Mat Adam...al-fatihah...


maaf...gambar dia xde dlm simpanan sy..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan