Jumaat, 9 Oktober 2009

pmr exam..


Sejak dari hari rabu budak-budak sudah masuk ke dewan untuk menduduki peperiksaan pmr bagi tahun ini. Rasanya cikgu-cikgu pulak yang terlebih-lebih risau pasal peperiksaan ini. Ini mungkin kerana mengikut analisis ujian percubaan hari tu tidak menunjukkan keputusan yang bagus. Takut juga kami mengenangkannya. Dalam pada itu, aku lihat sesetengah pelajar tidak menunjukkan ciri-ciri demam peperiksaan. Selamba saje mereka ni..tak takutkah mereka persediaan yang dibuat sudah cukup atau belum....

Semalam, khamis jam 11.50 tengahari, aku menghantar pelajar-pelajarku masuk ke dewan peperiksaan dengan iringan doa supaya mereka semua berjaya menjawab kertas sains 1 dengan baik. Jam 2.30 ptg pula, mereka masuk semula ke dewan dan berperang dengan kertas sains 2. Apa yang mampu aku buat cuma doakan supaya semua pelajar-pelajarku dapat menjawab soalan-soalan itu dengan tenang. Pesanku kalau tak dapat jawab..beristighfar dan berdoalah agar dibukakan minda untuk mencari jawapan...

Kepada semua pelajar-pelajarku..walau apa pun yang telah kamu semua jawab..cikgu mengharapkan yang terbaik untuk kamu semua.....


-tiada satu benda pun yang datang bergolek tanpa usaha untuk mendapatkannya-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan